Tuesday, February 10, 2009

yeah aku bergaduh lagi.

yeah. aku bergaduh lagi. aku sebenarnya malas nak fikirkan masalah remeh temeh begini. tapi rasa nya hati sudah cukup penuh untuk disimpan sendirian. kau orang ingat tak kisah gadis yang bernama ikin yang aku cerita soal cinta siber kelmarin? yeah, kali ini aku bergaduh dengan dia.

kalau mahu tahu, setiap semester, pasti aku yang sentiasa mencetus pergaduhan di rumah no.86. pasti aku menjadi penyebab kenapa orang bermasam muka. hampa nya jadi manusia. enough for all this. aku nekad nak pindah semula ke hostel pada semester hadapan.

pada minggu lepas, aku hidu sesuatu yang tidak enak di dalam rumah no.86 ni. mungkin ada sesuatu yang berlaku diluar pengetahuan aku sendiri. teman sebilik ku yang sentiasa berlagak sungguh matang. ANNOYING! dia selalu menyimpan rahasia berat sendirian. mungkinkah aku ini bukan teman curhat yang diinginkan? hmm, ini tidak dapat aku fikirkan diluar kotak akal ku. there is something happening between them. mereka menyimpan satu kotak besar rahasia yang bodoh. tapi aku seorang yang penuh dengan inkuiri. aku ingin tahu semua nya.

aku menunjukkan protes pada mereka. a silent protest. ini semua kerana aku nampak ape yang berlaku. mereka keluar pada pukul 2 pagi, pada subuh hari, pukul 4.30pagi. mereka pergi ke mana? bila aku tanya, langsung tidak mahu menjawab. biadab betul. adakah aku cuma patung di mata mereka?(kureen menaip dengan muka yang berkerut2)

kenapa aku tidak boleh tahu perkara itu? what's the deal? benci betul aku! kan aku juga punya akal? tentu aku juga boleh berfikir. mungkin sejuta kali lebih baik dari mereka. i dont like to make friends with egoistic people!. terrible gila! kalau punya permasalahan, kongsi saja lah! (huh kureen dah hilang sabar) ego....ego....ego.....ego....ego.....

MATI KAH MANUSIA KALAU TIDAK PUNYA EGO?
lewat malam tadi, aku bergaduh lagi. bergaduh menerusi SMS. (padahal duduk satu rumah). menggelabah betul.





2 comments:

  1. hahahahhaa aku pun selalu pujuk kawan aku pakai sms. paadahal jrak sejengkal je.

    xpe xyh kwn ngan diorg! kawan ngan aku je! aku baik! ahhaha

    ReplyDelete
  2. aku mmg pun tanak kawan dgn dorang..
    dorang hati tisu!
    aku baru ckpsikit dh nk nangis.
    aku lom maki hamun lagik..
    vudoh munye manusia.

    ReplyDelete