Wednesday, December 2, 2009

journey


tepat jam 7 pagi semalam gua keluar dari halaman rumah menuju ke bus station. gua terpakse keluar saing saing dengan bangla yang kerja JAGA kat bank islam sebab kalau nak keluar lambat nanti kompem perjalanan gua tertangguh untuk kali yang ke.... ke berapa entah gua malas nak pakai otak kiri gua buat kira kira.

bas gua gerak pukul semilan. gua sampai kat bas stand gua tengok orang yang ada di situ semua gua boleh bilang guna jari. gua mencarut dalam hati. nak menunggukan lagi dua jam ni gua taktau aktiviti berfaedah ape yang gua patut buat. ada kang gua buat perangai gila gua baring kat kerusi besi ni sambung tido gua yang terganggu tadi.

*********************************************************************************

jam handphone gua dah menunjukkan jam semilan. gua pun tengok bas gua dah ready to go. gua cepat cepat naik. duduk di dalam selama 5 jam menuju ke kota metropolitan kebencian gua. sepanjang jalan memang gua dah pasang hajat nak tido. dari jejak kaki ke tempat duduk, gua memang dah tak toleh kiri kanan. bace doa tido. dan terus gua pengsan.gua tengok penumpang sebelah gua memang macam ada ura ura nak berkenalan. ah pegi mampos sama lu orang. gua nak beribadat ni. jangan ganggu.

perjalanan gua memang penuh liku liku yang boleh buat gua hilang sabar. kepala gua asik terhuyung hayang dek bas yang bawak serupa macam nak bawak ambulans. gua syak pakcik ni silap apply kerja ni. gua nak beribadat pun tak aman rasanya. nak gua baling beg berisi laptop gua dari tempat duduk gua stret ke pakcik tu punya kepala.

sampai dipudu, gua tunggu bas lagi. untuk hala tuju gua ke batang berjuntai/ bestari jaya. perjalanan yang memakan mase selama 1jam setengah. tapi gua usha highway macam ade rupa nak sesak. gua sambung mencarut dalam hati. makin lame lah hayat gua dalam bas. dengan tempat duduk bas selangor yang "kusyen ini adelah perhiasan semata-mata", memang gua asik mencarut je sepanjang jalan. kalau macam ni lah gayanya naik bas selangor, boleh patah tulang pelvis gua!

sepanjang gua dalam bas tu. penumpang dah bertukar tukar, tapi gua belum sampai jugak ke hulu hutan ni. ade penumpang indon, bangla, nepal, dan pelbagai. warna warni sungguh malaysia. gua usha ada satu penumpang baru naik. gua syak ini mesti warge indonesia. gua tengok dari style dia, jaket jeans ada gambar helang di belakang, muka ala ala bambang pamungkas, sah! dia ni keturunan indon. gua rase macam nak tolong sapukan bedak die kasi rata. gua rasa dia ni dah lambat nak jumpa girlfriend. sampai kan nak sapu bedak kat muke pun tak sempat.


*dah serupa tepung dah muka nya bang!

4 comments:

  1. haha..bas nk g klang pon sme cmni gak...hampeh..neway,ak da ade blog,klu rjin,jenguk2la ye..hihihi..
    http://dianamisri.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. haha~ oo yeke! aku dh stalked kau nye blog lah weyh. huhu

    ReplyDelete
  3. weyh..ko smpai hell kol bape..time kau smpai gua dh slamat mbute kat umah dh kot hahaha

    ReplyDelete