Wednesday, October 28, 2009

kehidupan pelajar cemerlang


hidup gua pada hujung hujung pengajian dalam unisel memang buat gua rasa macam neraka. gua tak nafi kan lah mr mus tak pernah pun pandang gua masa kat dalam kampus. bukan sebab gua tak cemerlang, ni semua angkara gua terlebih cemerlang sampaikan beliau dah malas nak pandang gua. tapi si polan tu pernah pandang gua sebulat mata dia bila nampak gua kat cinema dengan teman teman lelaki yang hot. gua taktau lah samada dia usha gua atau dia usha member lelaki gua yang hot tu. eherm..

kenapa encik susun jadual kami macam nie? ini dah kira cuai. membazir duit abah saya je nak tampung hidup saya kat sini kalau setakat nak habiskan lagi satu subjek saje. memang hidup saya makan tidur makan tidur online je lah kat hostel. haish. ini semua luahan gua dalam hati. tak berani gua nak luah kan luar hati. takut nanti orang kata tak cemerlang pula. tapi memang betul ape. gua rase kalau einstein rambut ketak tu satu kelas dengan gua, kompem beliau pun rasa tak puas hati. duduk dalam unisel lagi tujuh minggu tanpa melakukan apa apa aktiviti yang mendatangkan ilmiah sepanjang hari sabtu hingga khamis. "ini semua bullshit!" mesti einstein marah cenggini. gua tak suka buat aktiviti tak ade faedah ni. buang karen je.

tapi aktiviti gua mencarut dalam blog, sambil selak myspes dengan facebuk tu dah termasuk dalam aktiviti berfaedah la. daripada gua jadi runner ke, gua jual marijuana ke, tu semua boleh buat gua tempah tiket tali gantung. ok berbalik pada cerita hidup gua kat unisel. gua pun dah kesian tahap kesian pade mangsa banjir kat abah gua yang selalu terima panggilan hangit dari anakande beliau ni yang disangka nak bertanya khabar, tapi di hujung2 ayat pasti disuruh bank-in kan uang. tokeh kedai runcit dah hafal dah muke gua mesti nak beli maggi sebungkus2 tu. duit tarak lah weyhh.

sampai kan gua dah naik loya asik makan megi megi megi. makan megi, minum teh o panas. itu saje rutin gua selama dompet kosong. kesian tak kat gua. kalau lu orang semua kesian kat gua, gua nak buka tabung ihsan ni. terima kasih. nanti gua send no akaun gua kat email lu orang semua. jangan risau. :P


* syahirah, thanx for the d'aim. nyum nyum!

5 comments:

  1. same-same azreen..hahaha..nanti la gua balik gua belanje lu..huhuhu
    memang ape yg kite tgh buat nih BULL SHITTO

    ReplyDelete
  2. ler...nape lah membazir masa betul korang kalau mcmni??
    ish2..
    kalau dtg exam je xblh ker??
    aku boleh jer..hahaha :P

    ReplyDelete
  3. salam..im ur silent reader,nk tye...amik x upah wat asgmt?kindly email me if u knal sape2 yg berminat..email me k..tq. aalifah47@yahoo.com

    ReplyDelete